Wednesday 14 September 2011

Pusat Maklumat Pemakanan (PMP) Johor

Pusat Maklumat Pemakanan (PMP) Johor

Lokasi:
Klinik Kesihatan Mahmoodiah
Jalan Mahmoodiah,
80100 Johor Bahru, Johor.

Konsep:
Sebuah one-stop information centre untuk maklumat dan informasi pemakanan terkini secara langsung (direct) dan interaktif dan menggunakan teknologi yang sesuai, menarik dan mesra pelanggan serta diurus secara sistematik, bersepadu dan terancang dengan menggunakan pendekatan yang opportunistic dan proaktif.

Objektif:
  • 1. Menggalak pengunjung dan orang ramai membuat saringan pemakanan dan memantau status pemakanan dan kesihatan masing-masing.

  • 2. Meningkatkan minat pengunjung dan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai pemakanan sihat.
  • 3. Melengkapkan pengunjung dan orang ramai dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjaga dan mengawal pemakanan dan penurunan berat badan.
  • 4. Menyediakan maklumat bagi membolehkan pengunjung dan orang ramai mengambil bahagian dalam program dan aktiviti yang disediakan dan kempen yang dijalankan.

Perkhidmatan yang disediakan:
1.    Penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI)
2.    Penentuan peratus lemak dan komposisi tubuh
3.    Tekanan darah
4.    Rujukan untuk saringan CVD (bagi ke-kes terpilih)


Kemudahan:
  1. Bahan Pendidikan Pemakanan
      • >> Risalah pemakanan
      •  >> Poster
      • >> Piramid makanan
      • >> Contoh makanan dan kalorinya
      • >> Paparan visual
  2. Perkhidmatan rujukan ke:
      •  >> Klinik Pemakanan
      • >> Klinik Diabetes
      • >> Klinik Kardiovaskular
  3. Pengunjung dan orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan samada secara walk-in atau temujanji. 
  4. Percuma dan pelanggan tidak dikenakan sebarang bayaran. 
  5. Bagaimanapun, pengunjung adalah digalakkan untuk membuat pendaftaran.
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis:
8.30 pg   - 1.00 tgh
2.00 ptg  -   4.30 ptg

Jumaat:
8.30 pg   - 12.15 tgh
2.45 ptg  -   4.30 ptg

*Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

Waktu Aktiviti Lain:
  1. Saringan Statik: Sepanjang waktu operasi
  2. Pameran Poster: 24 jam
  3. Pameran contoh makanan dll: 8.30 pg – 4.30 ptg
  4. Kudapan Sihat: 10.00 pg – 10.30 pg (Selasa Kedua)

Demonstrasi Kudapan Sihat:


  1. Menjalankan demonstrasi resepi sihat
  2. Memberikan pelawat resepi makanan sihat
  3. Memberi pelawat sampel makanan
  4. Resepi mengikut tema bulanan


No comments:

Post a Comment