Showing posts with label Teks Ceramah Titisan Kasih 2012. Show all posts
Showing posts with label Teks Ceramah Titisan Kasih 2012. Show all posts

Thursday, 12 July 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 07/2012


PROGRAM TITISAN KASIH

TEKS CERAMAH 07/2012

TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Ubah Tekstur Makanan Beransur-Ansur Mengikut Umur


1.            Berilah bayi berumur 6 - 8 bulan makanan yang dipuri, dilecek atau separa pepejal.

o        Kisar atau lecek makanan bayi semasa mula memberi bayi  makan.

o        Tambah susu ibu, air rebusan ayam atau sayuran buatan sendiri untuk mencairkan makanan bayi.

o        Elak dari menyediakan hidangan bayi yang terlalu cair.

2.            Berilah bayi berumur 9 hingga 11 bulan makanan yang dicincang atau dipotong kecil.

o        Apabila gigi bayi mulai tumbuh, berilah makanan cincang yang boleh dikunyah.

o        Setelah banyak giginya tumbuh, tambahlah makanan potongan dadu dan cebisan kecil.

o        Beri juga makanan jejari seperti potongan buah dan biskut lembut.

o        Elak dari memberi makanan yang menyebabkan tercekik seperti  sayuran mentah atau kekacang dan bijian yang tidak dilecek.

3.            Berilah anak berumur 12 bulan makanan keluarga

o        Apabila umurnya meningkat, berilah makanan yang boleh diambil sendiri atau air dalam cawan yang boleh dipegang.

o        Elakkan makan di hadapan TV dan mainan semasa makan supaya anak dapat menikmati makanannya.

o        Beri anak makan bersama ibu dan keluarga.

o        Galakkan anak untuk menyuap makanannya sendiri.

Thursday, 21 June 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 06/2012


PROGRAM TITISAN KASIH
TEKS CERAMAH 06/2012

TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Pilihlah Makanan Sesuai Yang Disarankan

1.            Berilah pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan apabila anak anda genap berumur 6 bulan.

o        Mulakan dengan memberi anak bubur nasi yang telah dicampur ikan dan sayur-sayuran.

o        Berikan juga bayi air buah-buahan.

o        Teruskan memberi anak susu ibu.

o        Gantikan ikan dengan ayam, daging atau telur.

o        Berikan juga kekacang seperti dal, kacang hijau atau kacang merah bagi menggantikan sebahagian ikan, ayam, daging atau telur.

o        Berikan bayi sayur yang berdaun hijau dan sayur lain yang berwarna seperti lobak merah, labu kuning dan tomato.

o        Berilah bayi air buah limau atau puri buah-buahan seperti betik, pisang, tembikai dan mangga.

o        Gantikan sebahagian nasi dengan bijirin lain seperti oats dan ubi kentang.

2.            Amalkan pemberian makanan bayi yang disarankan.

o        Jika anak anda tidak lagi menyusu susu ibu, berilah rumusan bayi, rumusan susulan atau susu penuh krim yang diperkayakan dengan zat besi.

o        Elakkan memberi bayi minuman teh, kopi, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.

o        Hadkan pengambilan jus buah-buahan bagi mengelakkan anak  kurang makan makanan berkhasiat.

o        Berilah putih telur selepas bayi berumur 1 tahun agar anak tiada alahan.

o        Jauhilah dari memberi bayi makanan ringgan yang tidak berkhasiat.

o        Dapatkan nasihat doktor sebelum memberikan bayi suplemen dan vitamin.

Wednesday, 16 May 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 05/2012


PROGRAM TITISAN KASIH

TEKS CERAMAH 05/2012


TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Amalkan Petua Memberikannya, Pasti Anda Akan Berjaya.


1.            Layan bayi anda makan.

o        Suaplah bayi anda dengan penuh kasih sayang.

o        Elak memaksa bayi anda makan.

o        Sekiranya bayi anda menolak sesuatu makanan. Jangan marah dan memaksa. Sebaliknya, pujuk dan berikan bayi anda makanan lain.

o        Kenalpasti tanda-tanda bayi anda sudah kenyang atau masih lapar.

o        Hentikan memberi bayi anda makan sekiranya dia sudah kenyang.

o        Sekiranya bayi anda demam atau sakit, berilah dia lebih air dan cecair lain. Kurangkan saiz hidangan tetapi berikan bayi anda makan lebih kerap lagi.


2.            Galakkan anak kecil anda makan.

o        Bantulah anak kecil anda apabila dia sudah boleh makan sendiri.

o        Biarlah anak kecil anda menikmati makanannya. Elak dari memaksa anak anda makan cepat.

o        Pujilah anak kecil anda apabila dia menghabiskan makanannya.

o        Sentiasa berada bersama-sama anak kecil anda semasa dia menikmati hidangannya.

o        Berikan anak kecil anda pelbagai jenis makanan. Elak dari memberi anak kecil anda makanan kegemarannya sahaja.

o        Tetapkan dan patuhi waktu makan anak kecil anda.

o        Hiaskan hidangan untuk merangsang anak kecil anda makan.

o        Jadikanlah waktu makan waktu yang menyeronokkan.


Thursday, 8 March 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 03/2012

PROGRAM TITISAN KASIH

TEKS CERAMAH 03/2012


TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Awal Atau Pun Lewat Perlu Dihindari, Berikan Mulai Umur Bayi 180 Hari.


1.            Mula beri bayi makanan pelengkap apabila umurnya genap 6 bulan.

o        Bayi membesar dengan cepat terutamanya apabila berumur 6 bulan – 1 tahun.

o        Untuk terus membesar dengan baik, bayi perlu di beri makanan lain selain dari susu ibu.

o        Pada umur 6 bulan ini, bayi telah boleh menghadam dan menyerap makanan selain dari susu ibu.

o        Bayi sudah boleh duduk tegak, mengawal kepala dan koordinasi mulut sewaktu makanan disuapkan.

o        Bayi berumur 6 bulan juga telah boleh mengawal lidah untuk mengawal makanan dalam mulutnya.

o        Berikan bayi bubur nasi bercampur ikan, ayam atau daging dan sayur yang dilecek dan ditapis atau dijadikan puri. Berikan juga bayi buah-buahan yang telah dilecek dan ditapis.


2.            Jangan awal atau lewatkan pemberian makanan pelengkap kepada bayi.

o        Sebelum 6 bulan, makanan selain dari susu ibu boleh menyebabkan alahan pada bayi.

o        Memberi makanan lain selain dari susu ibu sebelum 6 bulan boleh menyebabkan bayi mudah menjadi obes.

o        Memberi bayi makanan lain sebelum 6 bulan boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Susu ibu akan berkurangan dan mungkin tidak dapat diteruskan.

o        Sebaliknya, memberi makanan lewat dari 6 bulan, akan membantutkan pembesaran bayi dan menyebabkan bayi kurang berat badan. Bayi juga mungkin akan mula bercakap lebih lewat.

o        Sekiranya bayi tidak juga diberi makanan pelengkap apabila berumur lebih 6 bulan, bayi mungkin tidak akan mahu makan makanan lain selain susu sehingga berumur 1 – 2 tahun.




Thursday, 9 February 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 02/2012




PROGRAM TITISAN KASIH

TEKS CERAMAH 02/2012


TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Makanan dan Air Tidak Diperlukan, Sehingga Bayi Berumur 6 Bulan.


1.            Berikan bayi yang berumur kurang 6 bulan susu ibu sahaja.

o        Susu ibu membekalkan bayi yang berumur kurang 6 bulan kesemua nutrien dan air yang diperlukan.

o        Penyususan susu ibu sepenuhnya membakar lebih lemak untuk mudah dan segera mengembalikan berat badan ibu yang asal.

o        Penyusuan susu ibu sepenuhnya siang dan malam akan menjarakkan kehamilan.

o        Penyusuan susu ibu sepenuhnya akan mengurangkan risiko ibu mendapat barah payudara dan ovari.

o        Penyusuan susu ibu yang awal, kerap dan tanpa had masa mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan bayi.


2.            Jangan berikan bayi berumur kurang 6 bulan, lain-lain makanan atau air selain susu ibu.

o        Bayi berumur kurang 6 bulan belum bersedia untuk menghadam makanan lain selain daripada susu ibu.

o        Usus bayi berumur kurang 6 bulan belum matang. Bahan-bahan daripada makanan boleh menyerap masuk dan menyebabkan bayi mengalami alahan.

o        Antibodi di dalam kolostrum dan susu ibu akan dapat berfungsi dengan lebih berkesan untuk melindungi bayi sepenuhnya daripada jangkitan penyakit terutamanya jangkitan saluran pernafasan.

o        Makanan dan air serta peralatan bayi mudah tercemar. Oleh itu memberi lain-lain makanan atau air boleh menyebabkan bayi lebih mudah jatuh sakit dan mendapat cirit-birit.

o        Bayi akan kurang menyusu. Susu ibu akan berkurangan dan seterusnya tidak lagi dihasilkan. Kemungkinan bayi akan mengalami kekurangan zat makanan.


Monday, 9 January 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 01/2012



PROGRAM TITISAN KASIH

TEKS CERAMAH 01/2012


TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Beri Susu Ibu Sahaja Pada 6 Bulan Pertama, Banyak Kelebihannya.


1.            Susuilah bayi sebaik sahaja selepas bersalin supaya:

o        Bayi dapat segera melekap kepada payudara.

o        Bayi tidak keliru puting.

o        Bayi dapat perlindungan sepenuhnya daripada antibodi yang terkandung di dalam kolostrum.

o        Susu ibu lebih cepat dihasilkan.

o        Dapat mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

o        Mempercepatkan pemulihan rahim ibu.

o        Mengeratkan lagi jalinan kasih sayang di antara bayi dan ibu.


2.            Teruskanlah memberi bayi susu ibu sahaja, sekerap yang mungkin,  tanpa had masa dan mengikut kehendak bayi sehingga bayi berumur 6 bulan supaya:

o        Bayi akan mendapat kesemua dan sepenuhnya kelebihan nutrisi susu ibu untuk pembesaran serta perkembangan dan kecerdasan otak.

o        Bayi dapat air yang secukupnya daripada susu ibu.

o        Bayi akan terlindung sepenuhnya dari jangkitan penyakit serta alahan dan cirit-birit.

o                  Mengurangkan risiko bayi menjadi obes.

o        Lebih banyak susu ibu dihasilkan.

o        Mencegah bengkak payu dara ibu.

o                  Mempercepatkan pemulihan berat badan ibu.

o        Ibu mendapat lebih perlindungan dari kehamilan.

o        Ibu dapat mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.