Saturday 11 July 2015

Awasi Kalori, Sihat di Aidilfitri


Memandangkan bulan Syawal bakal tiba tidak lama lagi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah  mengadakan sidang media bagi memberi peringatan kepada rakyat supaya mengutamakan pemakanan sihat sepanjang musim perayaan nanti. Mesej utama kali ini adalah 'Elakkan Pembaziran Makanan'.

Menurut Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, rakyat Malaysia membazirkan 8 ribu tan makanan yang boleh dimakan dalam masa sehari. Jumlah pembaziran ini boleh menampung keperluan makanan 5.3 juta orang untuk tiga kali makan dalam sehari. Sehubungan itu, Menteri Kesihatan mengingatkan agar rakyat Malaysia mengurangkan pembaziran dengan amalan pemakanan yang baik dan sihat lebih-lebih lagi ketika menganjurkan rumah terbuka atau menghadirinya.

Beliau mengingatkan lagi supaya makan mengikut keperluan kalori harian. Kandungan kalori setiap makanan telah diterbitkan melalui buku dan risalah serta melalui laman web Kementerian Kesihatan. Selain itu, rakyat juga boleh memeriksa atau mengira jumlah kalori yang diambil melalui aplikasi 'MyNutriDiari'.

Selain itu, DS Dr. S. Subramaniam juga menyeru agar membudayakan makan di rumah. Budaya tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan keluarga, malah ia boleh menjamin kebersihan serta mengawal kewangan sesebuah keluarga.

Sumber daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (Julai, 2015)

Jadi pengamalan makan secara sederhana mengikut kalori keperluan harian adalah perlu bagi mengelakkan pembaziran makanan di samping menjaga kesihatan. Cuba anda bayangkan makanan yang terbuang sebanyak 8 ribu tan sehari boleh memberi makan kepada 5.3 juta orang sehari! Sedangkan masih ramai lagi orang yang masih lagi kebuluran di seluruh dunia. Jadi elakkan pembaziran semasa Hari Raya ini. Jika pergi ke rumah terbuka pastikan anda ingat tentang kalori yang anda perlukan setiap hari. Berikut adalah saranan keperluan kalori bagi sehari :


Dan ini pula adalah contoh pengambilan makanan sehari semasa Hari Raya bagi 1800kcal :


Tidak sah pula Hari Raya tanpa rumah terbuka. Jadi ini pula adalah tip-tip untuk mengawal pengambilan kalori semasa menghadiri rumah terbuka :
  • Pilih makanan yang lebih rendah kalori
  • Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit
  • Banyakkan makan buah dan sayur dengan memilih buah segar sebagai pembuka selera atau pemanis mulut
  • Makan ikut keperluan. Elakkan menambah makanan dan 
  • Utamakan air kosong

Bagi tip-tip untuk mengelakkan pembaziran semasa rumah terbuka :
  • Buat perancangan yang betul dengan memastikan bilangan jemputan dan kuantiti makanan 
  • Sediakan hanya satu atau dua menu utama dan disertakan dengan menu yang ringan
  • Gunakan pinggan bersaiz kecil semasa makan
Ini pula adalah formula makan di Hari Raya :



Untuk maklumat lanjut tentang topik ini, anda boleh menonton video ini di Youtube :
https://www.youtube.com/watch?v=cc1s08EVQjc


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Daripada team Pusat Maklumat Pemakanan Johor.

Amalan Pemakanan Sihat di Hari Raya Aidilfitri


Perayaan ini tidak sah tanpa kuih raya, ketupat, rendang, lemang, sate, dan macam-macam lagi makanan dan minuman yang menyelerakan. Juadah seperti inilah yang biasanya akan disajikan kepada tetamu yang hadir semasa menziarahi rumah jiran, sanak-saudara, dan rakan-rakan. Akan tetapi adakah makanan yang dihidangkan itu sihat? Berikut merupakan cadangan amalan pemakanan sihat di Hari Raya Aidilfitri yang terdiri daripada:


Berikut merupakan 7 panduan penyediaan hidangan sihat yang boleh dibuat oleh tuan rumah sebelum dihidangkan kepada tetamu:


Ini pula adalah panduan yang boleh diikuti ketika anda mahu memilih makanan dan minuman semasa berada di rumah terbuka atau menjamu selera di rumah jiran, sanak saudara atau rakan-rakan:


Jika anda amat prihatin terhadap kesihatan orang lain, sudah semestinya anda akan cuba untuk menghasilkan juadah yang sihat kepada tetamu. Oleh itu, berikut merupakan panduan kepada anda untuk meraikan tetamu secara sihat:


Dalam menikmati suasana Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, amalan gaya hidup sihat juga tidak boleh dilupakan. Jadi, 5 amalan kekal sihat semasa Hari Raya Aidilfitri ini perlu dititikberatkan iaitu:


Hal ini juga telah disebutkan di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w.:


Di sini juga disenaraikan jenis-jenis makanan dan minuman berserta nilai kalori yang biasanya dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri :






























Sumber :
Makan Secara Sihat di Hari Raya,
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
2012.

TIPS PEMAKANAN DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadan adalah bulan wajib bagi umat Islam seluruh dunia untuk berpuasa dan ia merupakan Rukun Islam yang ketiga. Puasa ialah menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari. Ini adalah tips pemakanan bagi berpuasa di bulan Ramadan :


Ini pula contoh makanan yang sihat sewaktu bersahur dan berbuka :


Puasa juga dapat mengurangkan kuantiti air di dalam badan, jadi ini juga adalah tips yang berguna untuk anda mengekalkan minum 8 gelas air semasa berpuasa:


Puasa juga amat berkait rapat dengan kurma. Kurma juga banyak khasiatnya semasa berpuasa. Antara kebaikan kurma adalah:


Bagi anak-anak juga, terdapat tips bagi mereka untuk menggalakkan mereka berpuasa dan dengan tips bersahur bagi anak-anak ini diharapkan dapat mengajar mereka berpuasa.


Bila tiba waktu berbuka pula, pasti kebanyakkan daripada anda memilih untuk membeli juadah berbuka di bazar Ramadan. Ini juga adalah tips berguna untuk anda semasa membeli makanan di bazar Ramadan :


Kalau boleh elakkan pembaziran semasa berada di bazar Ramadan. Maklumlah.... bila perut tengah lapar macam-macam dibeli tapi selepas berbuka, perut terasa kenyang akhirnya pembaziran pun berlaku.



Selamat berpuasa.
Daripada Team Pusat Maklumat Pemakanan Johor.

Kenali MyNutriApps II : MyNutriDiari


Pengenalan

Berdasarkan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS), masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa di Malaysia telah meningkat daripada 4.4% (1996) dan 14.0% (2006) kepada 15.1% pada tahun 2011. Amalan pengambilan makanan yang tidak sihat merupakan salah satu faktor penyebab utama kepada masalah obesiti. Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk aplikasi telefon pintar iaitu "MyNutriApps II : My NutriDiari". Aplikasi ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia pada 17 Februari 2015.

Selaras dengan perkembangan teknologi dan kemampuan kuasa membeli, telefon pintar merupakan satu alat komunikasi yang digunkan secara meluas tanpa mengira generasi. Oleh itu, aplikasi telefon pintar merupakan salah satu medium yang sesuai untuk digunakan bagi menyalur maklumat pemakanan secara interaktif dan mendidik masyarakat mengenai amalan makan secara sihat. 

Dengan aplikasi ini, pengguna boleh memantau pengambilan kalori harian dan berat badan . Rekod pengambilan kalori dan berat badan ini boleh dipantau untuk tempoh seminggu, sebulan, dan setahun. Selain itu, pengguna boleh juga mengetahui saranan keperluan kalori harian berdasarkan berat badan semasa, status berta badan dan tahap aktiviti fizikal.



Objektif

Objektif Am

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat mengenai amalan makan secara sihat melalui medium komunikasi terkini

Objektif Khusus

  • Membantu masyarakat memantau pengambilan kalori harian dan mengetahui penggunaan tenaga melaui aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Mendidik masyarakat untuk mengawal pengambian kalori dengan merekod pengambilan makanan harian
  • Membantu masyarakat memantau berat badan

Kandungan MyNutriDiari

Adakah anda mempunyai berat badan yang normal? Adakah anda ingin mengurangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan? Aplikasi ini dapat memberitahu anda status berat badan anda dengan menggunakan BMI dan menganggarkan saranan kalori untuk anda setiap hari.


Selepas mengetahui fungsinya, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara untuk memuat turun aplikasi ini. Caranya amat mudah!


Apabila anda sudah memuat turun aplikasi ini, anda sudah boleh mula untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang pemakanan sihat kerana ia hanya dengan menggunakan hujung jari anda. Perkara yang anda boleh dapati di dalam aplikasi ini ialah diari. Dengan pergi ke "Diari", anda dapat mengetahui berapa banyak kalori yang anda makan pada sarapan pagi contohnya. Ia juga dapat memberitahu anda kalori yang anda ambil itu masih 'terkawal' atau tidak. Selain itu, "Diari" ini juga dapat "scan" label pada bungkusan makanan atau minuman yang anda ingin ambil untuk mengetahui jumlah kalorinya.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://mynutri.moh.gov.my/mynutri/index.php atau anda boleh menyaksikan video tutorial penggunaan aplikasi ini di YouTube: 

 



Sumber :
Buku Panduan Pengguna MyNutriApps II: MyNutriDiari
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nak Sihat!



Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya.

Aktiviti fizikal di definisikan sebagai pelbagai pergerakkan badan yang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga. Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain.

Berikut adalah piramid aktiviti yang dicadangkan di dalam kehidupan anda:


Aktiviti fizikal ini juga dapat memberikan banyak faedah-faedah yang baik untuk kesihatan kita seperti: