Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts

Thursday, 7 July 2011

Bagaimakah cara penyimpanan susu perahan?




1. Cuci tangan dengan sabun sehingga bersih

2. Perah terus ke dalam bekas yang bersih seperti botol plastik keras, pyrex atau tupperware

3. Tutup bekas dan rendam ke dalam air sejuk berisi ais

4. Simpan dalam peti sejuk dalam kuantiti cukup untuk satu penyusuan
5. Labelkan masa dan tarikh pada bekas menyimpan susu.


Berikut merupakan jadual cara penyimpanan susu perahan:

CARA PENYIMPANAN
BAYI SIHAT
BAYI SAKIT
Suhu bilik (250C – 370C)
4 jam
4 jam
Bilik berhawa dingin (150C – 250C)
8 jam
-
Bilik berhawa dingin (<150C)
24 jam
-
Peti sejuk (chiller) (20C – 40C)
< 8 hari
48 jam
Pembeku dalam peti sejuk ( 1 pintu)
< 2 minggu
< 2 minggu
Pembeku ( 2 pintu)
< 3 bulan
< 3 bulan
Pembeku (- 200C)
< 6 bulan
< 3 bulan
Susu yang telah dicair/nyahbeku dan disimpan dalam peti sejuk
24 jam (tidak boleh dibekukan semula)
12 jam (tidak boleh dibekukan semula)

Bagaimana cara untuk memerah susu ibu menggunakan tangan?

1. Basuh tangan anda


2. Perah ditempat yang bersih, tenang dan selesa


3. Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan dengan areola dan jari lain di sebelah bawah berdekatan dengan tepi areola


4. Tekan payudara ke belakang iaitu ke arah dada ibu


5. Kemudian dengan perlahan-lahan tekan ibu jari dan jari lain serentak.


6. Ulang beberapa kali mengikut pusingan untuk mengosongkan semua bahagian payudara


7. Perah kedua-dua payudara secara bergilir setiap 10-15 minit


8. Perah ke dalam bekas yang bersih, labelkan tarikh dan masa pemerahan


9. Perah dengan kuantiti secukupnya untuk sekali penyusuan di dalam satu bekas


10. Biarkan susu kering atas puting selepas memerah


Berikut adalah proses cara urutan secara visual untuk memerah susu ibu dengan menggunakan tangan:


Adakah Anda Mempunyai Masalah Puting Tenggelam?

Adakah Anda Mempunyai Masalah Puting Tenggelam?



1.      Puting tenggelam bukanlah masalah untuk menyusukan bayi
2.      Bayi menghisap pada bahagian areola dan bukan pada bahagian puting
3.      Tidak perlu menarik keluar atau menggunakan nipple shell semasa anda mengandung
4.      Keadaan payudara akan menjadi lebih baik, puting akan mula keluar dan meregang apabila bayi sentiasa menyusu
5.      Rangsang puting menggunakan jari anda sebaik sahaja bayi ingin menghisap

Adakah Anda Mempunyai Masalah Puting Merekah?

Adakah Anda Mempunyai Masalah Puting Merekah?



Sebab-sebab terjadi:
1.     Pelekapan tidak betul
2.     Payudara bengkak kerana bayi kurang menyusu
3.     Bayi menghidap jangkitan seriawan dan telah menjangkiti ibu
4.     Lidah bayi pendek dan menghadkan hisapan

Cara mengatasi:
1.     Betulkan pelekapan bayi
2.     Buat demahan panas sebelum menyusukan (jika perlu)
3.     Mulakan penyusuan  dengan payudara yang kurang sakit
4.     Biar bayi menyusu dengan sepuasnya dan melepaskan payudara   dengan sendiri
5.     Sapukan susu perahan pada puting selepas menyusukan
6.     Dedahkan payudara kepada udara buat seketika
7.     Kerapkan penyusuan
8.     Dapatkan rawatan seriawan dengan segera
9.     Hubungi Kaunselor Laktasi untuk bantuan menyusukan bayi dengan       lidah yang pendek.


Adakah Anda Pernah Mengalami Bengkak Payudara?

Bagi ibu yang mempunyai anak kembar:

Adakah Anda Pernah Mengalami Bengkak Payudara?

Tanda-tanda:
Payudara terasa panas, penuh, dan berat.

(Bengkak payudara boleh menyebabkan pengaliran susu terhalang)



Sebab-sebab bengkak payudara:

1.     Posisi dan pelekapan yang salah
2.     Penyusuan yang tidak kerap
3.     Payudara tidak dikosongkan dengan secukupnya

Cara mengatasi:
1.     Mulakan penyusuan awal dan kerap selepas bersalin
2.     Betulkan posisi dan pelekapan
3.     Berikan penyusuan mengikut kehendak bayi
4.     Sentiasa tenang dan selesakan diri dan bayi
5.     Amalkan pemerahan susu dengan kerap
6.     Elakkan memberi bayi puting tiruan atau susu botol

Cara melegakan bengkak payudara:
1.     Buat demahan (tuam) sejuk untuk mengurangkan sakit
2.     Buat demahan (tuam) panas sebelum penyusuan untuk mengalirkan susu
3.     Perahkan sedikit susu sebelum penyusuan untuk melembutkan payudara

Posisi penyusuan susu ibu

Posisi penyusuan susu ibu
Duduk:
1.  Pastikan ibu dan bayi dalam keadaan dan posisi yang selesa
Ampu bayi dengan baik
2.  Bawa bayi rapat kepada ibu, perut bayi bertemu perut ibu, muka bayi menghadap payudara ibu


Baring:
Bayi mengiring menghadap ibu. Ibu boleh berehat semasa penyusuan.

Bagi ibu yang mempunyai anak kembar:

Bagaimanakah Cara Mengakhiri Penyusuan

Bagaimanakah Cara Mengakhiri Penyusuan


1. Biarkan bayi menyusu sehingga dia melepaskan payudara dengan sendiri.

2. Berikan penyusuan pada payudara sebelah lagi jika bayi mahu.

3. Elakkan mengakhiri penyusuan terlalu cepat bagi mengelakkan bayi tidak 
mendapat susu akhir yang penting untuk pertumbuhan.


Apa itu kolostrum?

Apa itu kolostrum?
Kolostrum adalah susu awal yang dihasilkan sebaik sahaja ibu lepas bersalin.

Kolostrum mengandungi:
1.     Antibodi yang melindungi bayi dari penyakit dan alahan
2.     Faktor pertumbuhan untuk mengmatangkan usus bayi
3.     Protein, vitamin A dan vitamin C
4.     Bahan pelawas yang mencegah bayi dari sakit kuning

Bagaimanakah posisi dan pelekapan yang betul?

Bagaimanakah posisi dan pelekapan yang betul?
1.     Bayi dalam keadaan selesa
2.     Ampu bayi dengan baik
3.     Kepala, bahu, dan punggung bayi diampu dalam keadaan selari
4.     Bawa bayi rapat kepada anda dan perut bayi bertemu perut anda
5.     Muka bayi menghadap payudara anda
6.     Sentuh mulut bayi dengan puting sehingga mulut bayi terbuka luas
7.     Masukkan puting dan areola ke dalam mulut bayi
8.     Pastikan bayi mencakup dan menghisap sebahagian besar areola dengan areola di bahagian bawah dicakup lebih banyak dari bahagian atas
9.     Elak dari menghisap bahagian puting payudara sahaja
10. Pastikan bibir atas dan bibir bawah bayi mencakup keluar. Pipi bayi kelihatan kembung dan hisapan tidak berbunyi
11.  Dagu bayi menyentuh payudara anda
12.   Biarkan bayi menyusu sehingga puas dan melepaskan sendiri payudara anda
13.  Berikan bayi menyusu pada payudara sebelah lagi
14.   Jika bayi enggan, mulakan penyusuan akan datang pada payudara tersebut 

Mengapakah perlu meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun?

Mengapakah perlu meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun?




1. Memastikan bayi mendapat kebaikan penyusuan susu ibu sepenuhnya

2. Memastikan tumbesaran bayi adalah optima dan terbaik

3. Memastikan keperluan susu bayi adalah hanya dari susu ibu sahaja untuk keperluan nutrien yang terbaik

4. Meningkatkan sistem pertahanan badan yang terbaik untuk bayi

5. Mengeratkan lagi hubungan kasih sayang ibu dengan bayinya

Bagaimanakah menjayakan penyusuan susu ibu?

Bagaimanakah menjayakan penyusuan susu ibu?



1. Mulakan penyusuan DALAM TEMPOH 1 jam selepas bersalin untuk menghasilkan susu yang lebih cepat dan banyak

2. Menyusu dengan pelekapan yang betul dan posisi menyusu yang selesa supaya bayi dapat menyusu dengan sempurna

3. Menyusu mengikut kehendak bayi untuk memastikan susu sentiasa cukup untuk bayi

4. Menyusu lebih kerap di sebelah malam kerana susu lebih banyak dihasilkan

5. Membuat pemerahan seawal mungkin selepas melahirkan untuk memastikan susu sentiasa cukup jika terpaksa berpisah dengan bayi

6. Mengelakkan penggunaan puting tiruan/puting botol untuk melindungi bayi dari keliru puting



Apakah kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu?

Apakah kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu?




1. Membantu mengecutkan rahim untuk melindungi pendarahan selepas bersalin


2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi

3. Membantu menjarakkan kehamilan dengan mengamalkan penyusuan sepenuhnya di waktu siang dan malam sejak dari lahir

4. Melindungi kejadian bengkak payudara

5. Mengurangkan risiko kejadian barah payudara dan ovari

6. Membantu mengembalikan berat badan asal dengan kawalan pemakanan dan senaman

7. Menjimatkan wang dan masa serta amat mudah diamalkan 

Apakah kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi?

Apakah kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi?



1. Memberi imunisasi pertama melalui kolostrum iaitu susu awal ibu


2. Menyediakan bayi dengan komposisi zat makanan yang sesuai mengikut perkembangan bayi

3. Memberi antibodi dan perlindungan secukupnya

4. Melindungi dari alahan, cirit-birit serta jangkitan saluran pernafasan

5. Mempercepatkan tumbesaran kerana susu ibu mudah dihadam dan digunakan untuk pembentukkan sel tubuh bayi

6. Meningkatkan proses perkembangan dan kecerdasan otak bayi yang terbaik dengan kandungan Arachidonic Acid (AA), Docosahexaenoic Acid (DHA)

7. Mengurangkan risiko kejadian obes apabila meningkat umur

Makanan Pelengkap

Apakah Itu Makanan Pelengkap?

Makanan pelengkap adalah makanan dan minuman yang perlu diberikan kepada bayi bagi memenuhi keperluan makanan bayi yang meningkat. 



Bilakah perlu diberikan?

Makanan pelengkap perlu diberikan pada umur bayi genap 6 bulan (180 hari) dengan penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun atau lebih. Pada umur ini sistem penghadaman bayi sudah matang. Bayi juga sudah boleh mengawal kepalanya dan mempunyai koordinasi mulut dan lidah yang baik.

Namun, makanan pelengkap BUKAN untuk menggantikan penyusuan susu ibu

Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Apakah Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif?

Ia bermaksud memberikan bayi susu ibu sahaja dan tidak memberikan sebarang makanan atau minuman lain kecuali ubat-ubatan dan vitamin yang diberikan atas nasihat doktor.

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Apakah Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia?
Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun
Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan.