Monday 16 April 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 04/2012


PROGRAM TITISAN KASIH

TEKS CERAMAH 04/2012


TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Selepas 6 Bulan, Makanan Pelengkap Memenuhi Keperluan Tambahan.


1.            Berikan makanan pelengkap apabila bayi berumur 6 bulan.

o        Keperluan makanan bayi berumur 6 bulan semakin meningkat. Memberi bayi susu sahaja adalah tidak mencukupi.

o        Berilah bayi bubur yang dikisar atau dilecek bersama ikan, ayam atau daging. Berikan juga buah-buahan yang dipuri.

o        Beri bayi makanan yang padat tenaga seperti beras, gandum dan ubi-ubi.

o        Mula dengan kuantiti yang sedikit. Tambah makanan beransur-ansur mengikut keupayaan bayi.

o        Ubah tekstur makanan beransur-ansur mengikut umur bayi anda. Bayi 6 – 8 bulan perlu makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Bayi 9 – 11 bulan perlu makanan yang dicincang atau dipotong kecil atau makanan jejari (finger foods) yang boleh dipegang bayi.


2.            Beri bayi pelbagai jenis makanan.

o        Berilah bayi pelbagai jenis makanan untuk memenuhi kesemua  keperluan nutriennya.

o        Nutrien yang penting untuk bayi ialah karbohidrat, protein dan lemak serta kalsium, zat besi, zink, vitamin A dan vitamin C.

o        Makanan dari sumber haiwan sama ada daging dan ayam atau ikan dan telur perlu diberi setiap hari.

o        Penyusuan susu ibu perlu diteruskan selepas 6 bulan. Jika tidak menyusu, berilah bayi susu lain secukupnya.

o        Berilah bayi buah-buahan dan sayur-sayuran warna setiap hari.

o        Elakkan memberi bayi minuman seperti teh, kopi, air sirap dan kordial serta minuman berkarbonat.

No comments:

Post a Comment