Thursday 14 July 2011

Apakah Yang Kita Ingin Capai Pada Tahun Ini?

Apakah Yang Kita Ingin Capai Pada Tahun Ini?


 §        Menggalakkan komuniti dan kemudahan kesihatan menggunakan media teknologi supaya maklumat tentang penyusuan susu ibu dapat disebar dengan meluas dan mengingatkan komuniti tentang konflik yang mungkin timbul jika entiti yang mendapat untung melalui jualan produk mengikut International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes mempromosi penyusuan susu ibu
§      Meluaskan skop untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di kalangan orang ramai yang biasanya kurang berminat seperti orang muda, golongan lelaki, dan mempraktikkan perancangan keluarga.
§        Menubuhkan pendidikan tentang kemahiran komunikasi dalam penyusuan susu ibu yang melibatkan golongan muda. 
§        Mencipta dan meningkatkan penggunaan gaya komunikasi dalam pembelajaran mengenai penyusuan susu ibu dan latihan kesihatan untuk menggalakkan penyertaan dari golongan muda.
§        Melalui komunikasi, mencipta dan meningkatkan saluran komunikasi antara pelbagai sektor. Oleh itu, informasi penyusuan dan maklumbalas boleh ditingkatkan.
§        Menggalakkan “mentorship” oleh kaunselor penyusuan susu ibu kepada mereka yang baru atau mereka yang berpengalaman dalam bidang komunikasi kepada yang baru, tanpa mengira usia mereka.
§        Meneroka kreativiti, memberi sokongan, mengiktiraf dan melaksanakan pendekatan komnunikasi inovatif dan memberi ruang kepada orang ramai supaya membangunkan idea-idea mereka. 

No comments:

Post a Comment