Thursday 7 July 2011

Minggu Penyusuan Susu Ibu 2011


"BERCAKAPLAH DENGAN SAYA! PENYUSUAN SUSU IBU – PENGALAMAN 3D"

WABA  telah mengumumkan tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2011 yang melibatkan generasi muda dan generasi tua dengan slogan menarik iaitu “Bercakaplah dengan saya! Penyusuan Susu Ibu – Pengalaman 3D”. Tema ini mengutamakan komunikasi pada pelbagai tahap dan antara pelbagai sektor. 

World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) merupakan organisasi antarabangsa yang memberi prihatin terhadap penjagaan, promosi, dan sokongan penyusuan susu ibu sedunia.

Tindakan WABA adalah berdasarkan Innocenti Declaration, The Ten Links for Nurturing the Future, The Global Strategy for Infant & Young Child Feeding.

WABA juga menjalinkan hubungan bimbingan dengan UNICEF dan  Economic and Social Council of the United Nations.


KENAPA 3D?

Apabila kita melihat pada sokongan penyusuan, kita akan melihat secara dua dimensi iaitu masa (ketika hamil sehingga bayi berhenti menyusu) dan tempat (di rumah, masyarakat, sistem penjagaan kesihatan dan lain-lain). Tetapi ia tidak akan berkesan tanpa menggunakan dimensi yang ke-3  – komunikasi!

Komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting dalam melindungi, mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu. Kita hidup di dunia di mana individu dan komuniti global berhubung antara satu sama lain, tidak kira jauh atau dekat, melalui satu media yang pantas. Setiap hari, banyak media komunikasi yang baru dicipta, dan kita boleh menggunakan saluran-saluran informasi ini untuk menyebarkan maklumat berkenaan penyusuan susu ibu tanpa mengira waktu dan juga tempat.

Sepertimana yang kita ketahui, 3 dimensi ini merangkumi pelbagai generasi, sektor, jantina, bahasa dan budaya untuk menyampaikan dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman menyusukan bayi. Dengan itu maklumat ini akan tersebar luas. 
  

No comments:

Post a Comment