Wednesday 17 August 2011

Kembara Riang Ria Pemakanan


Program Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah ialah satu program bertujuan untuk:

1.     Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid sekolah rendah dalam mengamalkan makan secara sihat
2.     Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibubapa dan guru megenai pemakanan dan penyediaan hidangan untuk kanak-kanak.
3.     Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengendali kantin dalam menyediakan makanan yang sihat untuk murid sekolah rendah.

Ini adalah ekoran daripada masalah obesiti semakin meningkat di kalangan murid-murid sekolah. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Terdapat 3 aktiviti yang akan dijalankan dalam program ini iaitu:

1.     Aktiviti Kembara Riang Ria Pemakanan
2.     Aktiviti Pengekalan dan Pengukuhan 
3.     Program Runding Cara Pengurusan Berat Badan

Aktiviti 1
Aktiviti Kembara Riang Ria Pemakanan
Aktiviti ini akan dijalani pada hari pelancaran program. Murid-murid dikehendaki bermain permainan interaktif berkaitan pemakanan. Murid-murid akan meningkatkan pengetahuan pemakanan mereka dalam tempoh bermain permainan ini. Terdapat 6 permainan yang perlu diikuti iaitu:
a)      Makanan Sihat dalam Pinggan Saya
b)      Kira Kalori
c)       Detektif Gaya Hidup Sihat
d)      Talian Sihat
e)      Detektif 10 000 Langkah
f)       Berapa Lama Saya Perlu Lari

Aktiviti 2
Aktiviti Pengekalan dan Pengukuhan Program
Aktiviti yang akan dijalankan ialah:
1.     Seminar Pemakanan Kanak-kanak yang disasarkan kepada ibubapa
2.     Pengedaran bahan-bahan pendidikan kepada ibubapa dan guru
3.     Pertandingan Memasak Hidangan Sihat bagi ibu bapa dan pengendali kantin sekolah
4.     Demonstrasi memasak kepada pengendali kantin sekolah
5.     Latihan Katering Sihat yang disasarkan kepada pengendali kantin sekolah
6.     Penyajian hidangan sihat melalui Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat
7.     Penyampaian mesej pemakanan kepada guru dan murid sekolah melalui Amanat Guru Besar semasa Perhimpunan Pagi
8.     Pengedaran bahan-bahan pendidikan seperti poster dan risalah yang disasarkan kepada murid sekolah
9.     Kem Pemakanan kepada murid sekolah
10.  Kembara Pasaraya Sihat
11.  Hari Kantin Sihat

Aktiviti 3
Runding Cara Pengurusan Berat Badan
Untuk aktiviti yang ke-3 ini, ia adalah khas buat individu yang mempunyai masalah berat badan. Berat badan mereka diambil semasa menjalani mana-mana Aktiviti 1 atau Aktiviti 2. Aktiviti yang akan dijalankan dalam Aktiviti 3 ini ialah:

a)      Runding cara individu atau perbincangan kumpulan fokus akan diadakan kepada:
·         Murid-murid
·         Ibu bapa
·         Guru
·         Pengendali kantin sekolah

b)      Aktiviti semasa runding cara:
·      Diet sejarah diambil
·      Saranan amalan makan secara sihat yang fokus pada masalah individu

c)       Aktiviti semasa perbincangan kumpulan fokus
·         Ceramah
·         Demostrasi memasak
·         Latihan amal pemilihan makanan sihat di kantin sekolah

Penilaian Program
Bagi memastikan program ini mencapai matlamat, Penilaian Program  akan dijalankan. Penilaian Program adalah seperti berikut:
1.       Penilaian BMI selepas 6 dan 12 bulan program kembara
2.       Penilaian pengetahuan pemakanan pra dan pasca program kembara
3.       Penilaian amalan pemakanan selepas 6 dan 12 bulan program kembara



No comments:

Post a Comment