PROGRAM TITISAN KASIH
TEKS CERAMAH 02/2012
TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Makanan dan Air Tidak Diperlukan, Sehingga Bayi Berumur 6 Bulan.
1.            Berikan bayi yang berumur kurang 6 bulan susu ibu sahaja.
o        Susu ibu membekalkan bayi yang berumur kurang 6 bulan kesemua nutrien dan air yang diperlukan.
o        Penyususan susu ibu sepenuhnya membakar lebih lemak untuk mudah dan segera mengembalikan berat badan ibu yang asal.
o        Penyusuan susu ibu sepenuhnya siang dan malam akan menjarakkan kehamilan.
o        Penyusuan susu ibu sepenuhnya akan mengurangkan risiko ibu mendapat barah payudara dan ovari.
o        Penyusuan susu ibu yang awal, kerap dan tanpa had masa mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan bayi.
2.            Jangan berikan bayi berumur kurang 6 bulan, lain-lain makanan atau air selain susu ibu.
o        Bayi berumur kurang 6 bulan belum bersedia untuk menghadam makanan lain selain daripada susu ibu.
o        Usus bayi berumur kurang 6 bulan belum matang. Bahan-bahan daripada makanan boleh menyerap masuk dan menyebabkan bayi mengalami alahan. 
o        Antibodi di dalam kolostrum dan susu ibu akan dapat berfungsi dengan lebih berkesan untuk melindungi bayi sepenuhnya daripada jangkitan penyakit terutamanya jangkitan saluran pernafasan.
o        Makanan dan air serta peralatan bayi mudah tercemar. Oleh itu memberi lain-lain makanan atau air boleh menyebabkan bayi lebih mudah jatuh sakit dan mendapat cirit-birit. 
o        Bayi akan kurang menyusu. Susu ibu akan berkurangan dan seterusnya tidak lagi dihasilkan. Kemungkinan bayi akan mengalami kekurangan zat makanan. 
No comments:
Post a Comment