Thursday 8 March 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 03/2012

PROGRAM TITISAN KASIH

TEKS CERAMAH 03/2012


TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Awal Atau Pun Lewat Perlu Dihindari, Berikan Mulai Umur Bayi 180 Hari.


1.            Mula beri bayi makanan pelengkap apabila umurnya genap 6 bulan.

o        Bayi membesar dengan cepat terutamanya apabila berumur 6 bulan – 1 tahun.

o        Untuk terus membesar dengan baik, bayi perlu di beri makanan lain selain dari susu ibu.

o        Pada umur 6 bulan ini, bayi telah boleh menghadam dan menyerap makanan selain dari susu ibu.

o        Bayi sudah boleh duduk tegak, mengawal kepala dan koordinasi mulut sewaktu makanan disuapkan.

o        Bayi berumur 6 bulan juga telah boleh mengawal lidah untuk mengawal makanan dalam mulutnya.

o        Berikan bayi bubur nasi bercampur ikan, ayam atau daging dan sayur yang dilecek dan ditapis atau dijadikan puri. Berikan juga bayi buah-buahan yang telah dilecek dan ditapis.


2.            Jangan awal atau lewatkan pemberian makanan pelengkap kepada bayi.

o        Sebelum 6 bulan, makanan selain dari susu ibu boleh menyebabkan alahan pada bayi.

o        Memberi makanan lain selain dari susu ibu sebelum 6 bulan boleh menyebabkan bayi mudah menjadi obes.

o        Memberi bayi makanan lain sebelum 6 bulan boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Susu ibu akan berkurangan dan mungkin tidak dapat diteruskan.

o        Sebaliknya, memberi makanan lewat dari 6 bulan, akan membantutkan pembesaran bayi dan menyebabkan bayi kurang berat badan. Bayi juga mungkin akan mula bercakap lebih lewat.

o        Sekiranya bayi tidak juga diberi makanan pelengkap apabila berumur lebih 6 bulan, bayi mungkin tidak akan mahu makan makanan lain selain susu sehingga berumur 1 – 2 tahun.




No comments:

Post a Comment