Thursday 21 June 2012

PROGRAM TITISAN KASIH TEKS CERAMAH 06/2012


PROGRAM TITISAN KASIH
TEKS CERAMAH 06/2012

TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA : Makanan Pelengkap Dimulakan
Pilihlah Makanan Sesuai Yang Disarankan

1.            Berilah pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan apabila anak anda genap berumur 6 bulan.

o        Mulakan dengan memberi anak bubur nasi yang telah dicampur ikan dan sayur-sayuran.

o        Berikan juga bayi air buah-buahan.

o        Teruskan memberi anak susu ibu.

o        Gantikan ikan dengan ayam, daging atau telur.

o        Berikan juga kekacang seperti dal, kacang hijau atau kacang merah bagi menggantikan sebahagian ikan, ayam, daging atau telur.

o        Berikan bayi sayur yang berdaun hijau dan sayur lain yang berwarna seperti lobak merah, labu kuning dan tomato.

o        Berilah bayi air buah limau atau puri buah-buahan seperti betik, pisang, tembikai dan mangga.

o        Gantikan sebahagian nasi dengan bijirin lain seperti oats dan ubi kentang.

2.            Amalkan pemberian makanan bayi yang disarankan.

o        Jika anak anda tidak lagi menyusu susu ibu, berilah rumusan bayi, rumusan susulan atau susu penuh krim yang diperkayakan dengan zat besi.

o        Elakkan memberi bayi minuman teh, kopi, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.

o        Hadkan pengambilan jus buah-buahan bagi mengelakkan anak  kurang makan makanan berkhasiat.

o        Berilah putih telur selepas bayi berumur 1 tahun agar anak tiada alahan.

o        Jauhilah dari memberi bayi makanan ringgan yang tidak berkhasiat.

o        Dapatkan nasihat doktor sebelum memberikan bayi suplemen dan vitamin.

No comments:

Post a Comment