PROGRAM TITISAN KASIH
TEKS CERAMAH 07/2012
TAJUK : GENAP 6 BULAN PERTAMA
: Makanan Pelengkap Dimulakan
Ubah Tekstur Makanan Beransur-Ansur Mengikut Umur
1.           
Berilah bayi berumur 6 - 8
bulan makanan yang dipuri, dilecek atau separa pepejal.
o       
Kisar atau lecek makanan bayi semasa mula memberi
bayi  makan.
o       
Tambah susu ibu, air rebusan ayam atau sayuran
buatan sendiri untuk mencairkan makanan bayi.
o       
Elak dari menyediakan hidangan bayi yang terlalu
cair.
2.           
Berilah bayi berumur 9 hingga
11 bulan makanan yang dicincang atau dipotong kecil. 
o       
Apabila gigi bayi mulai tumbuh, berilah makanan
cincang yang boleh dikunyah.
o       
Setelah banyak giginya tumbuh, tambahlah makanan
potongan dadu dan cebisan kecil.
o       
Beri juga makanan jejari seperti potongan buah dan
biskut lembut.
o       
Elak dari memberi makanan yang menyebabkan tercekik
seperti  sayuran mentah atau kekacang dan
bijian yang tidak dilecek.
3.           
Berilah anak berumur 12 bulan
makanan keluarga
o       
Apabila umurnya meningkat, berilah makanan yang
boleh diambil sendiri atau air dalam cawan yang boleh dipegang.
o       
Elakkan makan di hadapan TV dan mainan semasa makan
supaya anak dapat menikmati makanannya.
o       
Beri anak makan bersama ibu dan keluarga. 
o       
Galakkan anak untuk menyuap makanannya sendiri.
No comments:
Post a Comment