Saturday 11 July 2015

Kenali MyNutriApps II : MyNutriDiari


Pengenalan

Berdasarkan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS), masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa di Malaysia telah meningkat daripada 4.4% (1996) dan 14.0% (2006) kepada 15.1% pada tahun 2011. Amalan pengambilan makanan yang tidak sihat merupakan salah satu faktor penyebab utama kepada masalah obesiti. Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk aplikasi telefon pintar iaitu "MyNutriApps II : My NutriDiari". Aplikasi ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia pada 17 Februari 2015.

Selaras dengan perkembangan teknologi dan kemampuan kuasa membeli, telefon pintar merupakan satu alat komunikasi yang digunkan secara meluas tanpa mengira generasi. Oleh itu, aplikasi telefon pintar merupakan salah satu medium yang sesuai untuk digunakan bagi menyalur maklumat pemakanan secara interaktif dan mendidik masyarakat mengenai amalan makan secara sihat. 

Dengan aplikasi ini, pengguna boleh memantau pengambilan kalori harian dan berat badan . Rekod pengambilan kalori dan berat badan ini boleh dipantau untuk tempoh seminggu, sebulan, dan setahun. Selain itu, pengguna boleh juga mengetahui saranan keperluan kalori harian berdasarkan berat badan semasa, status berta badan dan tahap aktiviti fizikal.



Objektif

Objektif Am

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat mengenai amalan makan secara sihat melalui medium komunikasi terkini

Objektif Khusus

  • Membantu masyarakat memantau pengambilan kalori harian dan mengetahui penggunaan tenaga melaui aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Mendidik masyarakat untuk mengawal pengambian kalori dengan merekod pengambilan makanan harian
  • Membantu masyarakat memantau berat badan

Kandungan MyNutriDiari

Adakah anda mempunyai berat badan yang normal? Adakah anda ingin mengurangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan? Aplikasi ini dapat memberitahu anda status berat badan anda dengan menggunakan BMI dan menganggarkan saranan kalori untuk anda setiap hari.


Selepas mengetahui fungsinya, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara untuk memuat turun aplikasi ini. Caranya amat mudah!


Apabila anda sudah memuat turun aplikasi ini, anda sudah boleh mula untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang pemakanan sihat kerana ia hanya dengan menggunakan hujung jari anda. Perkara yang anda boleh dapati di dalam aplikasi ini ialah diari. Dengan pergi ke "Diari", anda dapat mengetahui berapa banyak kalori yang anda makan pada sarapan pagi contohnya. Ia juga dapat memberitahu anda kalori yang anda ambil itu masih 'terkawal' atau tidak. Selain itu, "Diari" ini juga dapat "scan" label pada bungkusan makanan atau minuman yang anda ingin ambil untuk mengetahui jumlah kalorinya.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://mynutri.moh.gov.my/mynutri/index.php atau anda boleh menyaksikan video tutorial penggunaan aplikasi ini di YouTube: 

 



Sumber :
Buku Panduan Pengguna MyNutriApps II: MyNutriDiari
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment