Saturday 11 July 2015

Awasi Kalori, Sihat di Aidilfitri


Memandangkan bulan Syawal bakal tiba tidak lama lagi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah  mengadakan sidang media bagi memberi peringatan kepada rakyat supaya mengutamakan pemakanan sihat sepanjang musim perayaan nanti. Mesej utama kali ini adalah 'Elakkan Pembaziran Makanan'.

Menurut Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, rakyat Malaysia membazirkan 8 ribu tan makanan yang boleh dimakan dalam masa sehari. Jumlah pembaziran ini boleh menampung keperluan makanan 5.3 juta orang untuk tiga kali makan dalam sehari. Sehubungan itu, Menteri Kesihatan mengingatkan agar rakyat Malaysia mengurangkan pembaziran dengan amalan pemakanan yang baik dan sihat lebih-lebih lagi ketika menganjurkan rumah terbuka atau menghadirinya.

Beliau mengingatkan lagi supaya makan mengikut keperluan kalori harian. Kandungan kalori setiap makanan telah diterbitkan melalui buku dan risalah serta melalui laman web Kementerian Kesihatan. Selain itu, rakyat juga boleh memeriksa atau mengira jumlah kalori yang diambil melalui aplikasi 'MyNutriDiari'.

Selain itu, DS Dr. S. Subramaniam juga menyeru agar membudayakan makan di rumah. Budaya tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan keluarga, malah ia boleh menjamin kebersihan serta mengawal kewangan sesebuah keluarga.

Sumber daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (Julai, 2015)

Jadi pengamalan makan secara sederhana mengikut kalori keperluan harian adalah perlu bagi mengelakkan pembaziran makanan di samping menjaga kesihatan. Cuba anda bayangkan makanan yang terbuang sebanyak 8 ribu tan sehari boleh memberi makan kepada 5.3 juta orang sehari! Sedangkan masih ramai lagi orang yang masih lagi kebuluran di seluruh dunia. Jadi elakkan pembaziran semasa Hari Raya ini. Jika pergi ke rumah terbuka pastikan anda ingat tentang kalori yang anda perlukan setiap hari. Berikut adalah saranan keperluan kalori bagi sehari :


Dan ini pula adalah contoh pengambilan makanan sehari semasa Hari Raya bagi 1800kcal :


Tidak sah pula Hari Raya tanpa rumah terbuka. Jadi ini pula adalah tip-tip untuk mengawal pengambilan kalori semasa menghadiri rumah terbuka :
  • Pilih makanan yang lebih rendah kalori
  • Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit
  • Banyakkan makan buah dan sayur dengan memilih buah segar sebagai pembuka selera atau pemanis mulut
  • Makan ikut keperluan. Elakkan menambah makanan dan 
  • Utamakan air kosong

Bagi tip-tip untuk mengelakkan pembaziran semasa rumah terbuka :
  • Buat perancangan yang betul dengan memastikan bilangan jemputan dan kuantiti makanan 
  • Sediakan hanya satu atau dua menu utama dan disertakan dengan menu yang ringan
  • Gunakan pinggan bersaiz kecil semasa makan
Ini pula adalah formula makan di Hari Raya :



Untuk maklumat lanjut tentang topik ini, anda boleh menonton video ini di Youtube :
https://www.youtube.com/watch?v=cc1s08EVQjc


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Daripada team Pusat Maklumat Pemakanan Johor.

1 comment: